Tuesday, November 24, 2009

Wajah Kejayaan

SALAM KASIH SALAM SAYANG...SALAM 1 MALAYSIA.
INSYAALLAH...ALHAMDULILLAH.

Tahniah kepada pelajar yang dapat 5 A dan semua pelajar yang telah berjaya dalam UPSR 2009 yang lalu. Kepada yang tidak berjaya peluang dan jalan masih terbuka. Usah berputus asa. Tidak lupa juga TAHNIAH kepada GURU-GURU TAHUN 6 yang berusaha keras untuk pelajar UPSR juga keapda seluruh warga skspk yang telah menyumbang tenaga, masa, dan kepentingan peribadi yang mengajar Tahun 1 sehinggalah Tahun 6. sesungguhnya budi dan jasa kalian amat dihargai..
Jika tiada jasa guru tahun satu manakan mungkin ada kejayaan pelajar tahun 6..Oleh itu sebenarnya semua guru menyumbang budi dan tenaga kepada kejayaan sesebuah sekolah. InsyaAllah ada saham masing2. Oleh itu sebuah sekolah adalah sebuah keluarga guru yang besar. Dalam keluarga besar begini apa yang penting kerjasama dan kasih sayang sesama ahli keluarga kita. Saling bantu membantu dan tegur menegur untuk kepentingan bersama. InsyaAllah akan mendapat rahmat kasih sayang dan keberkatan Allah Taala.
Tahniah keapda pelajar yang mendapat 4 A 1 B semoga majujaya hidupmu
Tahniah kepada pelajar yang mendapat 5 A dan Tahniah kepada GURU2 yang terlibat dengan tahun 6 2009.
Tahun depan perlu bekerja keras lagi nampaknya..hehehe

Tahniah kepada pelajar 5 A semoga majujaya hiudpmu kelak

Kebahagiaan terserlah pada wajah kegembiraan. Keimanan terpancar dalam wajah ketenangan dan kesyukuran terpancar pada keindahan akhlak seseorang. Itulah nikmat rahmat kasih sayang Allah yang maha penyayang...alhamdulillah.

Tuesday, November 10, 2009

HARI USAHAWAN - SKSPK

DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA KOKURIKULUM

TARIKH : 11/11/2009 (RABU)

MASA : 8-00 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT : DATARAN SK SUNGAI PASIR KECHIL

PELBAGAI ACARA MENARIK DAN JUALAN DIADAKAN


Semua waris/Guru dan Staf dijemput hadir.

" BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT "


Urusetia Program

Sunday, October 25, 2009

KETOKOHAN GURU BESAR

Kecemerlangan sekolah adalah berkait rapat dengan ketokohan Guru Besar sekolah berkenaan. Kebolehan dan keupayaan mereka mengurus sekolah telah menyebabkan organisasi tersebut kelihatan kemas, bersih, tersusun dan mempunyai iklim dan budaya yang baik. Di samping itu, guru-guru dan murid kelihatan gembira, ceria dan suka belajar di sekolah serta bangga dengan sekolah mereka. Dalam masa yang sama, pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah muridnya sentiasa baik dan cemerlang.Kepimpinan seharusnya dikaitkan dengan visi, misi dan nilai, sementara pengurusan lebih kepada yang berkaitan dengan proses, aktiviti dan struktur.


Dengan kata lain, kepimpinan merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sekolah dan pengurusan adalah proses yang membantunya mencapai kejayaan tersebut. Sebagai seorang ketua pengurusan pendidikan di sekolah, Guru Besar hendaklah berupaya menunjukkan kaedah dan cara, bagaimana mencapai visi sekolah dapat direalisasikan dengan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang ada, sumber dan prasarana yang tersedia di sekolah dapat digunakan ke tahap paling optimum dan berkesan.Sikap adalah penentu gerak-laku setiap insan; penentu kepada tanggapan dan perlakuan individu dalam interaksinya setiap hari. Sikap yang positif akan melahirkan tingkah-laku yang positif, begitulah seterusnya dalam seluruh kehidupan seseorang itu sama ada dalam kehidupan peribadinya mahu pun dalam kehidupan kerjayanya. Disiplin adalah ciri amat penting yang mampu meletakkan seseorang itu sebagai orang yang berjaya atau sebaliknya. Orang yang berdisiplin kendiri yang tinggi tidak perlukan kawalan dari luar, ia mampu mengurus dirinya, terutama sekali mengurus kerjanya ke tahap yang paling tinggi dan berkualiti, malah peraturan dan undang-undang tidak pernah 'membebankan jiwa dan raga'.


Sebagai Guru Besar, seseorang itu harus pula mampu menjadi 'suri teladan' kepada seluruh guru dan anak didiknya di sekolah. Yang paling penting seseorang Guru Besar mesti sentiasa mengamalkan 'Cakap Serupa Bikin' ( Walk Your Talk ).Dalam menggerakkan warga organisasi di sekolah terutama guru-guru, Guru Besar hendaklah pula memiliki ciri 'assertiveness' yang berhemah supaya unsur-unsur kelemahan dari aspek masa, tenaga dan kewangan tidak mengheret organisasi kepada kegagalan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Organisasi yang cemerlang dan gemilang mestilah mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti, yang pada akhirnya terletak di atas batu jemala orang yang bergelar Guru Besar.

Wednesday, October 14, 2009

BAHAYA FITNAH

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah `suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah atau `namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran."Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak.


Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah."Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.


Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap `Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau."Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu.


Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)."Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. "Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. "Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan. "Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. "Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu. "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)

Wednesday, October 7, 2009

RUMAH TERBUKA DAN MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 2009

ANJURAN PIBG/SK SUNGAI PASIR KECHIL

Pada : 10 Oktober 2009 ( Sabtu )

Jam : 8.00 Pagi hingga 2.30 Petang

Tempat : SK Sungai Pasir Kechil

Semua Waris/Ibubapa/Warga SK Sungai Pasir Kechil Dijemput Hadir.


" BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT "


Aturcara Program

Majlis akan dipenuhi dengan program berikut :


7.00 pagi - Penyembelihan Lembu ( 2 ekor )

7.30 pagi - Gotong-royong melapah/memotong daging dan masak

8.30 pagi - Jamuan ringan untuk petugas

10.45 pagi - Ceramah agama - Oleh Ustaz Roslan bin Che Ros

11.45 Pagi - Majlis Tahlil/Penyampaian Cenderahati.

12.00 tgh - Jamuan Makan Tengah hari

2.30 Ptg - Bersurai



URUSETIA PROGRAM







Wednesday, August 5, 2009

Nispu Syaaban

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "
Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, memohon murah rezeki yang halal dan memohon tetapkan iman dan mati dalam iman. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Sabda Nabi s.a.w.:Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

sebenarnya ada banyak lagi hadis Nabi membicarakan tentang kelebihan nispu syaaban..
sama2 kita mengambil hikmahnya dan mengambil peluang daripada kesempatan yang datang..
semoga sedikit sebanyak menjadi panduan kepada kita semua..Wallah hu'alam.

Wednesday, July 15, 2009

Teka teki tekok....

SILA JAWAB …JANGAN TAK JAWAB…HEHEHE

Matanya merah,badannya hijau,jalannya mengundur,taiknye pula warna kelabu taik anjing....ape dia??
jawapan:…………………..

Ikan ape yg kita sebut je mesti tau??
jawapan:……………………

Batangape kalau org pegang2 jadi gatai??
jawapan:………………..

Burung ape yg boleh berdiri,boleh baring tapi tak boleh duduk??
jawapan:………………….

Banyak2 mi,mi ape tak boleh makan??
jawapan:……………………..

Dalam banya2 katak,katak ape yg boleh bercakap??
jawapan:…………………..

Kenapa si penggali kubur nak gali kubur tak pakai spender??
jawapan:…………………..

.........................
Kiriman:
Nama:Muhamad Irfan Izzat bin Hasan
Darjah:6 akik
Sek,Keb: Sungai Pasir Kechil
Pengakuan: Saya mengaku bahawa saya menghasilkan karya ini sendiri.
................
Nota cikgu:
Terima kasih kerana kesudian Muhammad Irfan mengirim karya kreatif. sila ambil hadiah no yang anda suka..di PSS. tq

Friday, July 3, 2009

Sumbangan Hasil Kreatif

ASSALAMU'ALAIKUM WARGA PELAJAR/ GURU SKSPK SEKALIAN:

Pihak Admin Laman Web SKSPK, mengalu-alukan sumbangan hasil kreatif daripada
PELAJAR-PELAJAR. GURU-GURU ATAU SESIAPA SAHAJA yang berminat untuk menyumbangkan hasil karya kreatifnya yang terdiri daripada:

SAJAK, SYAIR, GURINDAM, PANTUN, SELOKA, CERITA, TEKA-TEKI, LAWAK JENAKA, DAN LAIN-LAIN

bolehlah menghantar sumbangan anda ke alamat email berikut:
skspksp@yahoo.com atau
mscsp_08@yahoo.com

Untuk penyertaan anda hendaklah melengkapkan borang seperti contoh di bawah:

Sumbangan Karya oleh:

Nama : Salma Auliya bt Othman
Kelas : 5 Berlian
Alamat :

No. Tel (r) dan (hp): jika ada.
Pengakuan penulis: Karya ini adalah karya saya sendiri
Tarikh : 02. 07. 2009


kiriman yang terpilih akan diberi hadiah. Hadiah-hadiah boleh dituntut di PUSAT SUMBER IBNU SINA pada waktu-waktu persekolahan. boleh cuba jangan tak cuba..

untuk menghantar karya (email yahoo.): klik di sini
untuk menghantar karya (email google/ gmail) : klik di sini
sekian terima kasih...wassalam.
................................
AMBILLAH PELUANG SEMENTARA ORANG MENGHARGAI ANDA...
JANGAN LEPASKAN PELUANG SELAGI IA MASIH ADA..
CUBA DAN TERUS MENCUBA
ITULAH TIP KEJAYAAN ANDA...

Setiap kata-kata itu adalah DOA

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif
(Setiap kata-kata itu adalah DOA)

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang
Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku
"The Hidden Messages in Water" karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan
tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya sbb:

1. Tempatkan Nasi sisa yang sudah didiamkan semalaman kedalam 2 botol dengan jumlah yang sama,
kemudian ditutup rapat.

2. Setiap botol di labelkan yang berisi kata-kata.

3.. Botol A : "Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali
Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

4. Botol B : "Kamu Bodoh, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku gila tidak mau dekat
dekat kamu"

5. 2 Botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan
pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :
Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Nah Silahkan teman-teman mencubanya sendiri. Kalau di buku di katakan ada yang mencuba dengan tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidakdiperdulikan, dan ternyat beras dalam botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata " Kamu Bodoh".

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang -orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yang berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yang timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua. mulai hari ini berjanjilah untuk berkata-kata yang baik2 sahaja. insyaAllah.
.....................
sumber:email dari ~SIM :SahabatInteraktif@yahoogroups.com

Friday, June 19, 2009

PadaMu Ya Allah

Ya Allah!
{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu
Dia dalam kesibukan.}

(QS. Ar-Rahman: 29)
Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"

Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru: "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul, menyerulah:"Ya Allah!"

Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya.

Setiap dini hari menjelang, tengadahkan kedua telapak tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah- Nya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan semakin kokoh.

....................
Sebutlah Allah selalu, bisikanlah diqalbu, semoga hati menjadi tenang...cukuplah Allah di hati...

Syukurilah nikmat Allah

Renungkan apa yang anda miliki...

Apakah Anda mengira bahwa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah, sedang kaki acapkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus menerus tiada henti? Apakah anda mengira bahwa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya bisa saja tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sadarilah,
betapa hinanya diri kita manakala tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekitar anda masih banyak yang tidak boleh tidur karena sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista manakala dapat memakan makanan lezat dan minuman dingin saat masih banyak orang di
sekitar anda yang tidak bisa makan dan minum karena sakit?

Coba pikirkan,
betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan anda dari ketulian. Coba renungkan dan raba kembali mata anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit anda yang terbebas dari penyakit kusta dan sopak. Dan renungkan betapa dahsyatnya fungsi otak anda yang selalu sehat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Adakah Anda ingin...
menukar mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran Anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, hingga Anda bisu? Maukah anda menukar kedua tangan anda dengan
untaian mutiara, sementara tangan anda kudung?

Begitulah,
sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempumaan tubuh, tetapi anda tidak menyadarinya. anda tetap merasa resah, suntuk, sedih, dan gelisash, meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk
tidur pulas, dan kesehatan untuk terus berbuat.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga andapun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa anda mudah tergoncang hanya karena kerugian material yang mendera. Padahal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagiaan, limpah kurnia, kenikmatan, dan sebagainya. Maka fikirkan semua itu, dan kemudian syukurilah apa yang kita miliki kini...! Alhamdulillah...

semoga kita sentiasa bersyukur..atas segala nikmat Allah,

Sunday, June 14, 2009

GURU DISIPLIN

Ketika masalah disiplin semakin meningkat dan bilangan kes mahkamah melibatkan guru bertambah menjadikan jawatan guru disiplin bukanlah sesuatu yang diingini.Ramai guru yang merungut dan tidak berpuas hati dengan mutu disiplin pelajar hari ini, namun lebih ramai yang cuba mengelak daripada menerima jawatan Guru Disiplin. Guru Disiplin merupakan guru yang paling tidak popular di sekolah dan hampir semua pelajar ingin menjauhinya. Tetapi jika seseorang tidak mengambil tanggungjawab ini, siapakah lagi guru yang kita diharapkan. Tidak mungkin sekolah dibiarkan berjalan tanpa kawalan disiplin. Keadaan seperti ini tentulah tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun seseorang ditugaskan secara rasmi sebagai Guru Disiplin, sepatutnya semua guru menyedari bahawa mereka semua adalah guru disiplin. Sepatutnya guru-guru lebih bersimpati dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh Guru Disiplin. Simpati mereka boleh ditunjukkan melalui kerjasama yang mereka tunjukkan untuk membantu mengawal disiplin di sekolah. Guru kelas sebagai contoh merupakan guru yang bertanggungjawab menjaga disiplin di dalam kelas masing-masing atau di tapak perhimpunan. Begitu juga guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang ditetapkan turut memainkan peranan sebagai guru disiplin dalam tempoh 30 atau 60 minit waktu P & P mereka. Guru PJK sewaktu mengajar PJK di padang atau di gelanggang adalah guru disiplin. Begitu juga halnya dengan Guru Kantin,Guru RMT dan Guru bertugas mingguan, mereka adalah guru disiplin. Jelasnya semua guru tanpa membezakan jenis dan fungsi mereka adalah guru disiplin. Jika semua guru menggunakan fungsi mereka untuk mengekang masalah disiplin daripada berlaku saya kira tidaklah Guru Disiplin terbeban berseorangan dengan masalah pelajar.Fikir-fikirkan lah......................

Thursday, June 4, 2009

SEKADAR RENUNGAN

Tidak perlu membuka kamus mencari makna perkataan ganjaran dan hukuman. Semuanya mengerti dan mengetahui. Ramai yang bersetuju ganjaran itu lebih baik daripada hukuman. Lebih senang mencurah air keluar daripada botol daripada mengisi ke dalamnya.

Diam……….baca buku, kalau tidak saya rotan kamu semua. Memang dia akan baca buku tetapi hatinya melayang-layang atau mungkin berlakon saja membaca buku, bila di hadapan kita, di belakang kita? Bandingkan jika kita berkata, baca buku semua, jangan bising nanti cikgu beri hadiah kepada kelas kamu, dengan segera anak didik kita akan mengambil dan membaca buku. Ganjaran lebih baik daripada hukuman.

Sepekara lagi kita semua yang berada dalam bidang pendidikan, kaedah ganjaran itu sangat sesuai dalam mendidik anak-anak. Ini kerana perkara kedua selepas ganjaran adalah keseronokkan. Keseronokkan itu adalah jalan yang dicari oleh remaja dan kanak-kanak. Bukankah kita juga begitu dulunya.

Dalam kita ke kelas saban hari, baik kita mengutamakan kaedah ganjaran daripada kaedah hukuman. Sebabnya terlalu mudah, naluri manusia lebih menyukai ganjaran dan tidak menyukai hukuman

Dalam kehidupan kita ini mana satu jadi pilihan, susah atau senang? Jarang sekali antara kita sebagai makhluk yang berfikiran waras memilih susah. Kalau itulah tabiinya, sudah pasti ada kaitan antara ganjaran dan hukuman. Hukuman membuka jalan kepada kesusahan dan ganjaran lebih terbuka jalannya kepada kesenangan. Jika tidak percaya dipersilakan mencubanya………….

Sebagai golongan pendidik, mana yang lebih menyenangkan hati kita, antara ditegur dengan keras oleh guru besar atau dipuji oleh guru besar. Bukankah pujian itu suatu bentuk ganjaran?

Ringkasnya kita sebagai golongan pendidik lebih baik menggunakan kaedah ganjaran daripada kaedah hukuman terutama bila berhadapan dengan anak didik kita di kelas mahupun di kalangan ibu bapa mereka. Tidak hilang bisa ular menyusur akar. Lebih baik berkawan daripada bermusuhan.

Thursday, May 28, 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009

Tarikh: 1-3 Jun 2009 (Bertempat di Perkarangan SKSPK)
Pengisian Program
01) Program Motivasi
02) Diskusi & Latih Amal matapelajaran-matapelajaran peperiksaan UPSR 2009
03) Program Solat Jamaah & Qiamulail
04) Program Kembara/Malaysia Cergas
05) Amali Pertolongan Cemas
Semua AJK dijemput hadir. Terima kasih atas komitmen tuan-tuan dan puan-puan. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan.

URUSETIA KURSUS

Wednesday, May 27, 2009

Stress dan Kebaikannya


TEKANAN Bawa Kebaikan.

Pastinya setiap orang pernah mengalami saat ketegangan dan rasa tertekan (stress). Itu semua tidak menyenangkan. Namun sebenarnya sedikit tekanan juga boleh memberikan kebaikan pada kamu. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, otak kamu akan mengeluarkan sejenis hormon, 'cortisol' apabila diri kamu berada bawah tekanan. Kebaikannya ia boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan perasaan kamu lebih terkawal. Berlainan dengan kamu yang kurang kadar hormon tersebut akan 'bad mood' dan sukar mengawal perasaannya.

kEISTIMEWAAN STRAWBERI


Keistimewaan STRAWBERI.

Buah-buahan memang banyak khasiatnya termasuklah buah strawberi. Buah ini memang mempunyai banyak keistmewaannya kerana ia kaya dengan vitamin dan rasanya yang manis-masam menjadikan ia kegemaran ramai. Tapi tahukah kamu bahawa strawberi juga boleh menbuatkan diri kamu seksi, hanya dengan mencium aromanya sahaja! Satu kajian yang diadakan di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa lelaki juga boleh tergoda hanya dengan bau donut Strawberi. Hebatkan penangan strawberi!

Tip ukhwah yang erat


Tips Membina PERSAHABATAN Yang ERAT

1. Saling mempercayai antara satu sama lain.
2. Memahami kelebihan dan kekurangan yang ada pada teman kita.
3. Membantu antara antara satu sama lain.
4. Sentiasa bersikap jujur dan berfikiran terbuka.
5. Mengalah adalah salah satu sifat terpuji.
6. Sentiasa menepati ketika berbicara.
7. Saling menghargai antara satu sama lain.

Allah maha mengetahui...


RENUNGKANLAH

bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Bacalah….moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum
menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa
terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan…oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa
yang kita buat( “,)..
.....................................
~salam kasih sayang~
sumber asal dari :http://seri.blog.fke.utm.my/koleksi-kisah-teladan/

Monday, May 25, 2009

Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan

Kasih Sayang

Seorang lelaki berjalan ke sebuah kampung. Lalu turunlah malaikat menanyakan “Kenapa kah kamu berjalan ke kampung itu?” Beliau menjawab “Aku ingin menziarahi si fulan”. Malaikat itu terus bertanya “Adakah kau mempunyai pertalian darah dengannya?” Beliau berkata “Tidak ada. Cuma aku mengasihinya kerana Allah”. Lalu malaikat itu pun mendoakannya “Moga Allah mengasihi mu atas sebab kasih mu terhadap saudara mu itu dan Allah telah menetapkan syurga sebagai ganjaran buat mu.”

Seorang lelaki mendatangi Baginda Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Baginda: “Ya Rasulullah! Aku ingin bersama-sama mu di syurga nanti.” Tanya Rasulullah: “Apakah yang kau siapkan untuk itu?” Katanya: “Tiada lain kecuali cinta ku kepada Allah dan RasulNya.” Bersabda Baginda: “Seseorang itu akan dibangkitkan dengan orang yang dikasihinya”.

Sunday, May 24, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Assalamualaikum dan salam bahagia.
Kepada semua pelajar yang cikgu kasihi sekalian..

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Pada: 24 Mei 2009 hingga 28 Mei 2009
Hari : Ahad hingga Khamis
.......................................

Peringatan semasa menghadapi Peperiksaan

Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.

Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.

Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.

1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat
akan menyebabkan otak kurang cekap.

5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
melemahkan tenaga dan melembapkan minda.

6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.

8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan
kurang ajar dengan guru.

12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas
peperiksaan.

21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan
moral sebegini amatlah penting.

22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

Saturday, May 23, 2009

Fadhilat Ramadhan

FADHILAT RAMADHAN AL-MUBARAK

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada setiap tahun. Begitu juga dengan tahun 1421H ini di mana kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah Subhanahua taala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun".
Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".
Muslimin yang terhormat,
Terdapat banyak hadis yang menerangkan keagungan Ramadhan Al-Mubarak, diantaranya sabda Rasullullah S.A.W, Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan".
Hadis di atas ini memberi pengertian bahawa bulan Ramadhan adalah bulan keemasan untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah serta memantapkan iman dan membersihkan diri dari kerja-kerja maksiat yang didorong oleh hawa nafsu atau godaan syaitan. Di dalam bulan yang suci inilah sepatutnya mereka melakukan hisab atau muhasabah diri di atas kerja-kerja yang telah dilalui dan akan dihadapi samada yang bermanfaat atau sebaliknya.
Para ulama menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat amal soleh samada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.

Hadirin Yang Dihormati,
Ramadhan adalah semulia-mulia bulan, berbagai-bagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya, yang menjadikan tarafnya lebih agong dan lebih berkat, di antaranya :
Pertama, perintah Allah Subhanahua taala ke atas kaum muslimin untuk mengerjakan puasa, firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : "Wahai mereka yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti yang diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan dengan berpuasa itu kamu akan terpelihara dan bertaqwa".
Tidak syak lagi, perintah mengerjakan puasa yang menjadi rukun Islam ketiga dalam bulan yang mulia ini menjadikan ia lebih agong dari yang lain.
Kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-¥Alak iaitu tanggal 17 haribulan. Firman Allah Subhanahua taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Didalam bulan Ramadhan ini diturunkan di dalamnya kitab Al-Quran yang menjadi hadiah kepada umat manusia dan membezakan antara yang hak dan bathil".
Ketiga, dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta benda ke atas mereka yang mencukupi syaratnya. Kefardhuan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini menggambarkan betapa eratnya hubungan puasa dengan zakat. Kedua-duanya wajib dikerjakan dengan sempurna. Maka tidak sempurna agama seseorang itu jika hanya melakukan salah satu daripadanya. Hal ini dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya, yang bermaksud "Pahala puasa Ramadhan tergantung-gantung di antara langit dengan bumi, ia tidak terangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah".
Keempat, di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, Allah Subhanahua taala menghadiahkan kepada umat Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatulqadar. Kerana itu, maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat berusaha untuk mendapatkan keagongannya. Iaitu memperbanyakkan zikrullah, bertakbir, bertahlil, berdoa dan lain-lain ibadah yang dituntut dalam Al-Quran dan sunah Rasul. Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya beribadah pada malam tersebut dengan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahua taala melalui majlis Qiamullail, beristighfar dan bertadarrus Al-Quran di sepanjang malam pengampunan dosa ini. Janganlah ada orang Islam yang memandang kelebihan malam LailatulQadar sama seperti malam-malam yang lain.

GENERASI GEMILANG NEGARA MALAYSIA




5 berlian

Kuih semprit...tradisional
Bahan-bahan
3 oz gula halus
4 oz mentega
4 oz tepung gandum
1 biji telur
sedikit baking powder
sedikit esen vanila

Cara membuatnya
1) Pukul telur dengan gula
2) Masukkan mentega
3) Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan kedalamnya
4) Masukkan esen vanila dan uli sedikit
5) Masukkan adunan kedalam acuan semperit dan terus di terap ke atas dulang pembakar
6) Bakar selama 20 hingga 25 minit

Resepi 2
Bahan-bahan
3 oz gula pasir
4 oz mentega
7 oz tepung gandum
2 sudu susu pekat
1 biji telur
2 camca teh baking powder
sedikit esen vanila
2 sudu koko

Cara membuatnya
1) Gaulkan gula dengan merah telur
2) Masukkan baking powder dan pukul sedikit biar sebati
3) Masukkan esen vanila
4) Masukkan mentega
5) Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sedikit
6) Bahagikan doh kepada 2 bahagian
7) Campurkan 1 bahagian doh dengan koko dan uli sedikit
8) Masukkan kedua-dua doh berselang-seli kedalam acuan semperit
9) Terapkan keatas dulang pembakar dan bakar selama 15 ke 20 minit

Nota:
Tiada sebarang perubahan dibuat terhadap resepi diatas dan tiada suhu oven diberikan.
Jika anda telah biasa membuat kek dan biskut pasti anda tahu bagaimana cara untuk mengadun resepi diatas. Cubalah…. Pasti enak!

CANTIKNYA KAMU


SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENCIPTA..

KEAGUNGAN ALLAH

AGUNGNYA KEKUASAAN ALLAH. (KALIMAH ALLAH DI TELINGA BAYI) MASYA ALLAH


JASA MU DIKENANG

KENANGAN BERSAMAMU DI DALAM MAKMAL KOMPUTER SAMA SEPERTI BERADA DI TEPIAN PANTAI.. TQ DARI YANI.. ROSNAH.. ANI..NASIR .. SHUKRI.. RASHINA

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SKSPK 2009

JASAMU DIKENANG

Terima kasih kepada Puan Salmah dan En.Helmi Salam kerana mengajar kami cara membina laman web dan edutv

Nama anak syaitan

9 Jenis Anak Syaitan
1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

ROSLIZA
23.MEI 09

Thursday, May 21, 2009

Kursus Pemantapan Ilmu


KURSUS PEMURNIAN LAMAN WEB SEKOLAH DAN ADUWEB TV
PADA: 23 MEI 2009
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

SEMUGA WARGA GUEU SKSPK DI JEMPUT HARI UNTUK MEMANTAPKAN LAGI ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN.

ATURCARA MAJLIS:

8.30 PAGI : PENDAFTARAN
CERAMAH 1: PN HAJAH NOR HARIZAN BT HAJI NAWAWI DI BILIK MESYUARAT
CERAMAH 2: EN HELMI SALAM DI BILIK BESTARI 1
CERAMAH 3: PN SALMAH BT. OTHMAN DI BILIK BESATRI 2

8.30 PAGI : SLOT 1 (PEMANTAPAN ILMU/ EDUWEBTV/ LAMAN WEB)
1O.00 PAGI : REHAT

10.30 PAGI : SLOT 2 (PEMANTAPAN ILMU/ EDUWEBTV/ LAMANWEB)
12.30 TGHARI: BERSURAI

............................................
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT KERJASAMA MEMBAWA BAHAGIA.
BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING,
SEPERTI AUR DENGAN TEBING, IBARAT BINAAN BATA DALAM BANGUNAN SALING KUAT MENGUAT KERANA CUBIT PAHA KANAN PAHA KIRI TERASA JUGA..

KEBAHAGIAAN MILIK BERSAMA.

Thursday, May 14, 2009

Guru

Guruku memikul demikian banyak harapan
setiap ibu bapa dan juga kerajaan
bersama sederetan beban tambahan
untuk tiap minit dan jam persekolahan.

Guruku adalah segala-galanya
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia.

Guruku mengajar pelbagai kurikulum
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila

Juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga.

Ke mana saia pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagal ejen budaya
pemimpin tanpa pilihanraya.

Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
mengucapkan kata syahdu:
selamat pagi, cikgu

Usman Awang 1980

Sunday, April 26, 2009

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pss

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pss Fasa 1
telah di adakan di
KEM PENGAKAP KELANA
DI SUNGAI LALANG SP KEDAH.
pada: 25 April 2009
jam: 8.00 pagi hingga 5,00 petang.
Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kursus ini,
terima kasih daun keladi semoga ilmu yang diberi diberkati Ilahi.
menjadi pengawas yang berdedikasi..
sekitar majlis penutup kursus pada hari itu..

para perserta yang terdiri..drpd pengawas sekolah dan pengawas pss

wakil fasi (para pengawas sekolah Sultan Mohd. Jiwa SP Kedah)
menerima cenderahati..

cenderahati kepada wakil guru pengawas SM Sultan Mohd Jiwa SP.

Cenderahati kepada Tuan Pengurus Kem Pengakap Kelana Sg Lalang

Terima kasih daun keladi kepada para fasi yang menjayakan kursus kali ini.
para peserta yang menghadiri kursus tersebut..

para peserta lelaki yang mengikuti kursus tersebut..
semoga berjumpa lagi di kursus fasa ke dua kelak...amin

Friday, March 27, 2009

HAC & Mesy. PIBG SKSPK Ke 5

ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah insyaAllah semoga Selamat Datang ke
Majlis
HARI ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG TAHUN 2009
dan Mesyuarat PIBG SKSP bagi Sesi 2008/2009,
PADA : 29 MAC 2009
HARI : AHAD
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TUN SERI LANANG SK. SUNGAI PASIR KECHIL.


semoga dengan kehadiran Tuan/ Puan/ En/ Cik akan menyerikan lagi majlis ini dan dapat mewujudkan kerjasama dan persepakatan demi kebaikan anak-anak di SKSPK kini dan di masa hadapan. amin.
"KITALAH PENCORAK UMMAH DI MASA HADAPAN.
SAMADA WARNANYA MENYEJUKKAN MATA DAN HATI KITA..."

Friday, March 13, 2009

Lawatan JOM KE IPTA




TAHNIAH DAN SELAMAT MELAWAT DIUCAPKAN KEPADA :
Pelajar-pelajar yang menyertai Lawatan Sambil belajar..."JOM KE IPTA" akan di adakan pada :
Tarikh: 15 mac 2009
Anjuran bersama

ANJURAN BERSAMA KOLEJ PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
DANPELAJAR-PELAJAR SARJANA SAINS KAUNSELING UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,(PUSAT PENGAJIAN SUNGAI PETANI
Hari :Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : UUM Sintok Kedah

sila tunggu di sekolah pada jam 7.45 pagi.
Bas akan bertolak pada pukul 8.00 pagi.
dijangka sampai ke UUM jam 9.30 pagi.
Para peserta yang menyertai sila bersiap sedia dan datang awal. Semoga program lawatan yang dirancangkan berjalan dengan lancar. dan mendapat keberkatan Allah s.w.t
kepada semua guru pengiring Pn Norhafizah bt Dollah, Pn Najiha, Pn Rahmah dan para peserta diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menyambut seruan program ini walaupun terpaksa bekurban sehari untuk bergembira bersama keluarga di musim cuti-cuti sekolah..

JAGALAH NAMA BAIK DIRI, SEKOLAH, DAN AGAMA
WALAU DIMANA KITA BERADA.
KERANA JIKA IA SUDAH KOTOR SUSAH UNTUK DI CUCI SEMULA.
JIKA IA SUDAH TERKOYAK SUSAH UNTUK DITAMPAL SEMULA ..
JIKA IA SUDAH TERCEMAR SUSAH UNTUK DI BERSIHKAN SEPERTI SEDIAKALA..

~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.