Friday, June 19, 2009

PadaMu Ya Allah

Ya Allah!
{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu
Dia dalam kesibukan.}

(QS. Ar-Rahman: 29)
Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"

Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru: "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul, menyerulah:"Ya Allah!"

Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya.

Setiap dini hari menjelang, tengadahkan kedua telapak tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah- Nya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan semakin kokoh.

....................
Sebutlah Allah selalu, bisikanlah diqalbu, semoga hati menjadi tenang...cukuplah Allah di hati...

Syukurilah nikmat Allah

Renungkan apa yang anda miliki...

Apakah Anda mengira bahwa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah, sedang kaki acapkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus menerus tiada henti? Apakah anda mengira bahwa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya bisa saja tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sadarilah,
betapa hinanya diri kita manakala tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekitar anda masih banyak yang tidak boleh tidur karena sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista manakala dapat memakan makanan lezat dan minuman dingin saat masih banyak orang di
sekitar anda yang tidak bisa makan dan minum karena sakit?

Coba pikirkan,
betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan anda dari ketulian. Coba renungkan dan raba kembali mata anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit anda yang terbebas dari penyakit kusta dan sopak. Dan renungkan betapa dahsyatnya fungsi otak anda yang selalu sehat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Adakah Anda ingin...
menukar mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran Anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, hingga Anda bisu? Maukah anda menukar kedua tangan anda dengan
untaian mutiara, sementara tangan anda kudung?

Begitulah,
sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempumaan tubuh, tetapi anda tidak menyadarinya. anda tetap merasa resah, suntuk, sedih, dan gelisash, meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk
tidur pulas, dan kesehatan untuk terus berbuat.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga andapun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa anda mudah tergoncang hanya karena kerugian material yang mendera. Padahal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagiaan, limpah kurnia, kenikmatan, dan sebagainya. Maka fikirkan semua itu, dan kemudian syukurilah apa yang kita miliki kini...! Alhamdulillah...

semoga kita sentiasa bersyukur..atas segala nikmat Allah,

Sunday, June 14, 2009

GURU DISIPLIN

Ketika masalah disiplin semakin meningkat dan bilangan kes mahkamah melibatkan guru bertambah menjadikan jawatan guru disiplin bukanlah sesuatu yang diingini.Ramai guru yang merungut dan tidak berpuas hati dengan mutu disiplin pelajar hari ini, namun lebih ramai yang cuba mengelak daripada menerima jawatan Guru Disiplin. Guru Disiplin merupakan guru yang paling tidak popular di sekolah dan hampir semua pelajar ingin menjauhinya. Tetapi jika seseorang tidak mengambil tanggungjawab ini, siapakah lagi guru yang kita diharapkan. Tidak mungkin sekolah dibiarkan berjalan tanpa kawalan disiplin. Keadaan seperti ini tentulah tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun seseorang ditugaskan secara rasmi sebagai Guru Disiplin, sepatutnya semua guru menyedari bahawa mereka semua adalah guru disiplin. Sepatutnya guru-guru lebih bersimpati dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh Guru Disiplin. Simpati mereka boleh ditunjukkan melalui kerjasama yang mereka tunjukkan untuk membantu mengawal disiplin di sekolah. Guru kelas sebagai contoh merupakan guru yang bertanggungjawab menjaga disiplin di dalam kelas masing-masing atau di tapak perhimpunan. Begitu juga guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang ditetapkan turut memainkan peranan sebagai guru disiplin dalam tempoh 30 atau 60 minit waktu P & P mereka. Guru PJK sewaktu mengajar PJK di padang atau di gelanggang adalah guru disiplin. Begitu juga halnya dengan Guru Kantin,Guru RMT dan Guru bertugas mingguan, mereka adalah guru disiplin. Jelasnya semua guru tanpa membezakan jenis dan fungsi mereka adalah guru disiplin. Jika semua guru menggunakan fungsi mereka untuk mengekang masalah disiplin daripada berlaku saya kira tidaklah Guru Disiplin terbeban berseorangan dengan masalah pelajar.Fikir-fikirkan lah......................

Thursday, June 4, 2009

SEKADAR RENUNGAN

Tidak perlu membuka kamus mencari makna perkataan ganjaran dan hukuman. Semuanya mengerti dan mengetahui. Ramai yang bersetuju ganjaran itu lebih baik daripada hukuman. Lebih senang mencurah air keluar daripada botol daripada mengisi ke dalamnya.

Diam……….baca buku, kalau tidak saya rotan kamu semua. Memang dia akan baca buku tetapi hatinya melayang-layang atau mungkin berlakon saja membaca buku, bila di hadapan kita, di belakang kita? Bandingkan jika kita berkata, baca buku semua, jangan bising nanti cikgu beri hadiah kepada kelas kamu, dengan segera anak didik kita akan mengambil dan membaca buku. Ganjaran lebih baik daripada hukuman.

Sepekara lagi kita semua yang berada dalam bidang pendidikan, kaedah ganjaran itu sangat sesuai dalam mendidik anak-anak. Ini kerana perkara kedua selepas ganjaran adalah keseronokkan. Keseronokkan itu adalah jalan yang dicari oleh remaja dan kanak-kanak. Bukankah kita juga begitu dulunya.

Dalam kita ke kelas saban hari, baik kita mengutamakan kaedah ganjaran daripada kaedah hukuman. Sebabnya terlalu mudah, naluri manusia lebih menyukai ganjaran dan tidak menyukai hukuman

Dalam kehidupan kita ini mana satu jadi pilihan, susah atau senang? Jarang sekali antara kita sebagai makhluk yang berfikiran waras memilih susah. Kalau itulah tabiinya, sudah pasti ada kaitan antara ganjaran dan hukuman. Hukuman membuka jalan kepada kesusahan dan ganjaran lebih terbuka jalannya kepada kesenangan. Jika tidak percaya dipersilakan mencubanya………….

Sebagai golongan pendidik, mana yang lebih menyenangkan hati kita, antara ditegur dengan keras oleh guru besar atau dipuji oleh guru besar. Bukankah pujian itu suatu bentuk ganjaran?

Ringkasnya kita sebagai golongan pendidik lebih baik menggunakan kaedah ganjaran daripada kaedah hukuman terutama bila berhadapan dengan anak didik kita di kelas mahupun di kalangan ibu bapa mereka. Tidak hilang bisa ular menyusur akar. Lebih baik berkawan daripada bermusuhan.


~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.