Monday, April 5, 2010

Motivasi Jayadiri

MOTIVAASI JAYADIRI,
PADA: 03 APRIL 2010
DI DEWAN SEKOLAH MENENGAH SULTAN MOHD JIWA
SUNGAI PETANI. KEDAH DARUL AMAN.

Alhamdulillah syukur seramai 32 orang pelajar SKSPK telah menghadiri majlis motivasi jayadiri padahari tersebut.

Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Haji Rusdin b. Hussain, pengetua SM Sains Sultan Mohd. Jiwa yang telah sudi menyediakan tempat dan memberi infos mengenai Sekolah Berasrama Penuh dan memberi huraian yang terperinci tentang syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh yang sebanyak 57 buah itu.

Semoga dengan penerangannya itu dapat memberi input yang berguna kepada kita semua.
Apa yang perlu anak2 lakukan ialah:

Ingat dan catat tarikh penting yang telah dinyatakan oleh pengetua tadi. Maklumkan kepada ibubapa agar online pada masa yang telah ditetapkan.

Kedua ialah jangan sia-siakan mendat yang diberi oleh ibubapa untuk anak-anak
datang ke program seumpama ini dengan satu tujuan
mencapai 5 A iaitu:

5 :

L angkah
I ntensif
M encapai
A nugerah

A :
Allah
Anggota keluarga
A hli masyarakat
A mat membanggakan
Azimat kendiri

terima kasih jua kepada pihak penganjur yang telah menjayakannya.

Akhirkata semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
bercakap tetapi tanpa diiringi dengan tindakan seumpama buah yang tiada isinya,
kita tidak dapat mengambil manfaatnya.
semoga Allah memberi petunjuk dan hiduayaNya semoga Allah memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada anda semua pelajar2 yang cikgu kasihi sekalian.untuk terus cemerlang dan
menjadi anak yang soleh..amin.






Pelancaran Kempen Derma Buku

PELANCARAN KEMPEN MENDERMA BUKU UTK PERPUSTAKAAN SEKOLAH
DAN ORENTASI PUSAT SUMBER FASA 1.

Pada: 04 April 2010 - 08 April 2010
oleh Puan Hjah Norharizan bt. Hj Nawawi.

Semoga semua dapat mengambil bahagian menderma dan ikhlas. InsyaAllah.
semoga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan..amin.



























BARISAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS. 2010
SEMOGA KALIAN TERUS CEMERLANG.


~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.