SEPAKAT MELIMPAH BERKAT KERJASAMA MEMBAWA BAHAGIA ATAS SEGALANYA ALHAMDULILLAH INSYA ALLAH.
Saturday, May 15, 2010
SELAMAT HARI GURU
Saya takkan lupa sampai bila-bila untuk sampaikan ucapan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu-cikgu yang berada di seluruh negara atas jasa dan sumbangan kalian dalam mendidik anak bangsa. Jasa kalian sangat besar dan ganjarannya bakal kalian terima sampai ke mati
Kepada semua cikgu-cikgu, saya doakan moga kalian terus sabar dan tabah dalam mendidik anak bangsa demi memastikan mereka ini kelak menjadi seorang rakyat yang cemerlang dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara.
Wednesday, May 12, 2010
Gotong royong perdana
SELAMAT GOTONG ROYONG PERDANA
PADA:
TARIKH: 15 mEI 2010
JAM: 7.30 PAGI HINGGA 12.30 TGHARI.
TEMPAT : SEKITAR SK SUNGAI PASIR KECHIL.
PELAJAR TAHUN 1, 2 DAN 3 DI BERI PELEPASAN.
SEMUA GURU-GURU, WARIS PELAJAR DAN PELAJAR TAHUN 4 HINGGA 6
DI KEHENDAKI HADIR..UNTUK SAMA2 BERGOTONG-ROYONG.
KERJASAMA SEMUA PIHAK DI UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN ALHAMDULILLAH.
Berlumba-lumba kepada keampunan Allah..
SEMBILAN SIKAP MENTAL ORANG YANG CEMERLANG DAN BERFIKARAN POSITIF
1. Bersikap positif terhadap perubahan
Yakin bahawa semua orang boleh dan perlu berubah
Perubahan sebagai satu harapan bukan ancaman
Kalau tak berubah, tidak boleh menjadi bertambah baik
Orang yang cemerlang melihat dirinya sebagai agen perubahan
2. Bersikap positif terhadap diri sendiri
Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi
Boleh dapat kemahiran baru
Bentuk keberanian dengan menyakini bantuan Allah
Terima ketidak sempurnaan kita tetapi masih menghormati diri
Bentuk imej diri yang positif
Didik diri agar mudah melihat kehebatan dan kebaikan orang lain
Bersyukur bila dikeji dan beristiqfar bila dipuji
3. Bersikap positif terhadap kepimpinan
Yakin mengenai kebolehan untu memimpin diri dan orang lain
Mempunyai pegangan positif terhadap kebijaksanaan diri, kebolehan dan gerak hati
Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk mencari altenatif dan boleh membuat keputusan yang baik
4. Bersikap positif terhadap masalah
Masalah adalah asam garam kehidupan ia adalah perkara biasa
Menyedari bahawa masalah adalah dari diri sendiri
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, kalau tidak kita orang lain mungkin boleh membantu
Setiap masalah ada hikmah yang tersembunyai
Masalah ada sementara
Masalah adalah cabaran yang perlu diurus
5. Bersikap positif terhadap orang lain
Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain
Orang yang memerlukan orang lain adalah orang yang paling beruntung
Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain
6. Bersikap positif terhadap emosi dan mood
Emosi perlu berihat sekali sekala (emotional retreat)
Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri
Setiap emosi ada hikmahnya
Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik
Jangan risau, ada pasang pasti ada surut
Emosi negetif mendidik kita menjadi lebih kental, lebih berfikir dan lebih faham erti sayang yang sebenar
7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif
Hormati idea dan pemikiran sendiri
Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu industri baru
Ingat bahawa ramai orang yang pandai buat kerja tetapi tidak pandai berfikir dan begitu sebaliknya
8. Bersikap positif terhadap pembuat keputusan
Ingat setiap keputusan mempunyai risiko
Tidak mahu membuat keputusan adalah satu 'keputusan'
Kaji berbagai faktor dan sudut sebelum membuat keputusan
Ingat bahawa setiap idea yang baik ada buruknya, begitu juga sebaliknya
Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik
9. Bersikap positif terhadap qada dan qadar
Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah
Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita
Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan
..............
sumber asal:pupukjaya.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.