Wednesday, August 15, 2012

Gotong royong buat bubur kanji...

Gotong royong siang-siang..bahan untuk buat kanji...
ada orang sebut bubur lambok juga.
hari ini...sibuk siang-siang..pastu..masuk kelas..pastu ada kelab..
padat...penuh...penat..hehehe..
turun..turun ja..tengok majlis khatam quran dah selesai...
rasa terkilan juga sikit..kerana tak sempat bersama hadir dalam majlis khatam quran tu..
berbanding dengan tahun-tahun lain sebelum ini kami semua tak lepaskan peluang yang sgt berharga ini...
yalah..majlis yang penuh rahmat dan berkat...
majlis berada di bawah sayap malaikat..dan mendapat doa malaikat juga...

tetapi kami guru-guru kelab persatuan tak dpt hadir sama...amat rugi sekali...
di mana yang tak kena...yaa...di mana yang tersilap...di mana yang tak sempat...hehehe..
semoga tahun2 hadapan dapat bersama...
semoga Allah memberi ilham dan petunjuk kepada kita semua warga guru di skspk..
kalau boleh buat majlis dapat smua guru dapat bersama,
kalau boleh semua murid dapat bersama,
yalah agar semua orang mendapat rahmat dan berkat Allah taala..
semua orang berada di bawah sayap malaikat dan mendapat doa malaikat juga...

kerana kita tahu...kejayaan sesebuah majlis/ sekolah  itu bukan kerana seorang tetapi komitmen semua kakitangan...hehehe..
teguhnya bangunan itu adalah kerana susunan semua batanya menjadinya kuat dan hebat..
semoga Allah satukan hati-hati kita untuk bekerja sama, dan limpahkan rahmat dan kasih sayangNya
berada di bawah bumbung skspk yang kita sayangi...
sekolahku syurgaku di dunia..
amin...










BUAT ANAK=ANAK SKSPK..GURU-GURU MENGUCAPKAN SELAMT HARI RAYA..
DAN SEMOGA BERBAHAGIA...DAN INGAT PESANAN HAJAH JARIAH TENTANG CARA BERAYA YANG DISURUH OLEH RASULULLAH...GURU-GURU JUGA MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADA SALAH SILAP..

SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL IBADAT KITA ..DAN SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KITA..SEMOGA SEMUA DALAM RAHMAT DAN BERKAT ALLAH..AMIN.

SALAM 1 MALAYSIA, SEJAHTERA SEMUA.

Monday, August 13, 2012

MAJLIS WACANA WARIS TAHUN 6


MAJLIS WACANA WARIS TAHUN 6
TARIKH: 12.08.2012
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN CEMERLANG
SK SUNGAI PASIR KECHIL
SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN.













































































RENUNGAN;
Ilmu yang memberi manfaat, ibarat kawan yang cerdik lagi setia,ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan kita, tapi kita tidak nampak akan adanya.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~...



~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.