Sunday, September 30, 2012

Salam4U dan Kasihdihati

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABA ROKATUH..
(Selamat sejahtera, rahmat Allah, dan berkat Allah Taala ke atas kamu)

ASSALAMU'ALAINA... WA'ALA IBADILLAH HISSOLIHIN..
(Selamat sejahtera ke atas kami, dan juga ke atas hamba-hamba Allah yang beribadat/
beramal soleh kerana Allah.).

ALLAH HUMMA INNA NAS ALUKA REDHO KAWAL JANNAH.
(Ya Allah redhalah ke atas kami untuk masuk ke dalam syurgaMu)

WANAU ZUBIKAMIN SAQHOTI KAWANNAR.
(Jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu.)
............................................................................................

Sesungguhnya kami ini hamba-hambaMu yang lemah,
hamba-hamba yang tidak tahu,
hamba-hamba yang selalu membuat salah.
ampunilah kami...
jika tidak Engkau ampuni kami.... maka jadilah kami orang-orang yang merugi.

Kami sedari...
banyak sangat nikmat yang telah Engkau anugerahi kami..
nikmat keluarga, nikmat kesihatan tubuh badan, nikmat pekerjaan, nikmat tempat kerja yang baik,
nikmat rakan-rakan kerja yang baik, nikmat ilmu pengetahuan, nikmat murid-murid yang tiada masalah dan banyak lagi nikmat yang kami kecapi setiap hari di siang dan malamMu
.
Sungguh segala nikmat itu adalah pinjaman yang Engkau bemurah hati memberikan kepada kami,
bilamana sampai tempohnya semuanya akan dipulangkan kepada Engkau pemilik segala nikmat itu,
maka hanya yang kami bawa kain putih pembalut badan, papan keranda yang menaungi kami sebagai pondok kecil di hujung kampung tempat semadi.

Sungguh hanya rahmatMu Ya Allah yang akan membantu kami.
kami ini kembali mengadapMu,dengan bekalan amal yang tak seberapa.

Wahai Allah
bantulah kami untuk beriman dan  bertakwa kepadaMu dengan sebenar-benar takwa.
bantulah kami untuk mengeratkan silatulrahin sesama saudara seagama.
bantulah kami untuk memupuk sifat-sifat mahmudah yang mulia,
jauhilah kami dari sifat prasangka buruk yang merupakan sifat syaitan penderhaka.
sungguh prasangka buruk itu yang telah menyesatkan anak Adam
yang telah mengeluarkan adam dan hawa dari syurga..
yang hanya ingin anak adam tenggelam dalam permusuhan dan petaka..
dan jauh dari Tuhannya....

Wahai Allah...
satukan hati kami dalam persefahaman menegakkan syariatMu  di dunia.
permudahkan segala urusan pekerjaan kami
bimbinglah kami ke jalan yang lurus,
iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat,
bukan jalan kemurkaan dan bukan jalan kesesatan..
sungguh Engkaulah Tuhan yang maha mendengar,
lagi maha mengashani.
jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur.
amin ya Allah.

~anamuslimah.
30092012
....................................
nota ana:
hidup di dunia ini terlalu singkat, telah digambarkan dalam Al Auran..
 1 hari di sisi Allah Taala adalah 1,000 tahun kiraan masa di dunia,
1000 tahun di bahagi dengan 24 jam = 41.6 tahun
jadi 1 jam bersamaan dengan 41.6 tahun
oleh itu jelas betapa sekejapnya umur kita hidup di dunia....hanya beberapa jam di akhirat sana...
oleh itu tiada masa sebenarnya untuk kita bersedih-sedih. dan bermasam muka.....emmm...
berlumba-lumba kepada kebaikan dan keampunan Allah Taala...
semoga ceria-ceria dan berbahagia....hehehehe.

Tuesday, September 11, 2012

Program Mohon Restumu guru..

Di pagi Isnin 10.09.2012 yang nyaman....
anak-anak Tahun 6 skspk memohon restu guru-guru mereka

"maafkan segala kesalahan kami ....wahai guru,
doakan kamu wahai guru...

Semoga kalian selamat menghadapi UPSR.. Semoga kalian berjaya dengan cemerlang.
insyaAllah. ~ daripada guru-guru skspk.











Esuk...jawab elok-elok..pesan cikgu Rashid....hehehe.
kami tumpang bahagia......t.t
ya...
murid...dengan penuh harapan
guru...tangisan kasih sayang..
ada lagi gambar...kalau nak lagi boleh bagi pndrive untuk di save sebgai koleksi peribadi..insyaAllah..


~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.