Tuesday, October 23, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Assalamualaikum wbt.
salam bahagia salam ceria salam 1 dunia...

Pada 18 Oktober 2012 - 20 Oktober 2012
(KHAMIS - SABTU) yang lalu
SKSPK telah mengadakan PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
di padang Sekolah.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, dan semuanya selamat bermalam dan menjalankan 
aktiviti yang telah dirancangkan.
Tahniah kepada semua warga skspk atas segala usaha dan kerjasama yang telah diberikan.
Semoga telah mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran
 serta kenangan yang terindah, dalam perkhemahan..

sedikit..titpan fhoto buat tatapan semua..
semoga terhibur...hehehe...















TQVM KEPADA SEMUA YG TERLIBAT...
"BUDI DAN JASA BAIK ....... DI KENANG SELAMANYA.
ANDAI TIADA DI DUNIA ...DOA TULUS KASIH DI HANTAR JUA."

BERLUMBA-LUMBALAH KEPADA KEAMPUNAN ALLAH..
SEMOGA BERUNTUNG DI DUNIA  & BERBAHAGIA DI AKHIRAT SANA.


~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.