SENARAI AGIHAN / TINDAKAN GURU BERTUGAS
MENGIKUT SEKTOR / BIDANG TUGAS
A. KETUA GURU BERTUGAS
1. Tempoh bertugas ( Ahad – Khamis ) : Sesi Pagi : 7. 30 pagi
- 2. 15 ptg
2. Menyediakan jadual pembahagian tugas harian guru-guru dalam kumpulannya dan menyerahkan salinan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM sebelum minggu bertugas berikutnya.
3. Berjumpa Penolong Kanan HEM pada hari Ahad 7.20 pagi
Sebelum memulakan tugas untuk minggu ( Mendapatkan
penerangan / maklumat terkini sebelum perhimpunan bermula ).
4. Membuat rondaan 3 kali sehari, meliputi semua sektor / kawasan
dalam jadual agihan tugas:
Kali Pertama : Sebelum 7. 30 pagi
Kali Kedua : Pada masa rehat.
Kali ketiga : Selepas masa akhir hari berkenaan
5. Memastikan semua murid berbaris dengan betul apabila loceng
dibunyikan pada :
5.1.1 Masa pertama
5.1.2 Selepas rehat
5.1.3 Masa akhir persekolahan
6. Memastikan buku catatan kedatangan harian setiap kelas
dilengkapkan oleh ketua tingkatan sebelum waktu rehat setiap
hari.
7. Menguruskan dan menandatangani Surat Hospital atau Borang
Keluar Kawasan Sekolah bagi murid yang sakit.
8. Memastikan loceng dibunyikan mengikut waktu-waktu
persekolahan harian apabila sistem automatik tidak berfungsi .
9. Memastikan murid yang mengikuti kegiatan kokurikulum atau kelas
tambahan di luar waktu persekolahan sentiasa :
a. berpakaian mengikut peraturan sekolah.
b. dengan kehadiran guru pembimbing / penasihat
c. berada di kawasan yang telah ditetapkan
10. Mengetuai operasi “ Spot Check ” ke kelas tertentu dengan bantuan guru-guru disiplin / pengawas dan para pengawas dan mengambil tindakan susulan.(“Spot-check” dijalankan sekurang-kurangnya untuk 1 (satu ) kelas dalam minggu berkenaan.)
11. Memastikan Buku laporan Bertugas Mingguan telah dikemaskinikan dan menyerahkan kepada Guru Besar/PK Petang pada hari Ahad minggu berikutnya.
12. Membuat ulasan / laporan bertugas minggu berkenaan semasa perhimpunan mingguan minggu berikutnya.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / P.K./ PK. Petang.
14. ( Tambahan untuk ketua Guru Bertugas Sesi petang )
Mengurus dan mengatur guru bertugas yang mengendalikan perhimpunan harian di kantin sekolah ( 1.00 tgh )
Memastikan semua suis elektrik dan pintu bilik guru telah ditutup / kunci sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
B. GURU BERTUGAS DI PINTU PAGAR.
1. Tempoh bertugas:
Sesi pagi : 7.20 pg sesi pagi : mulai 12 tgh
Sesi petang : mulai 12.40 tgh Sesi petang : 6.15 - 6.40 ptg.
2. Memastikan para pengawas menjalankan tugas di semua laluan masuk / keluar sekolah serta menandatangani borang laporan bertugas mereka.
3. Memastikan pelajar yang datang ke sekolah atau balik selamat dan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas.
4. Memastikan pakaina semua pelajar sentiasa kemas dan lengkap semasa memasuki sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
5. Memastikan tiada pelajar yang keluar dari kawasan sekolah sbelum tamat waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar/P.K/PK petang/ketua guru bertugas.
6. Memastikan para pelajar yang berbasikal menunda basikal mereka dari / ke pintu pagar dalam satu barisan menuju / dari tempat letak basikal pelajar.
7. Menahan pelajar yang lewat hadir dan mengambil tindakan susulan ke atas mereka. ( Pelajar mesti berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum bermula waktu persekolahan / perhimpunan harian ( sesi petang )
8. Memastikan basikal-basikal pelajar diletak dengan teratur dan berkunci di tempat yang telah ditetapkan.
9. Memastikan tiada orang luar yang memasuki kawasan sekolah tanpa urusan yang berkaitan dengan sekolah.
10. Membuat laporan melalui ketua guru bertugas untuk dicatatkan dalam Buku laporan Bertugas Mingguan.
11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / P.K / Peny. Petang.
C. GURU BERTUGAS MENGAWAL BLOK PERSEKOLAHAN
1. Tempoh bertugas:
Sesi pagi : 7.30 pg - 1.30 tgh.
Sesi petang : 12.40 tgh- 6.30 ptg
2. Membuat rondaan ke seluruh blok persekolahan 3 kali sehari;
Kali pertama : 7.45 pg (sesi pagi)
12.45 tgh (sesi petang)
Kali kedua : Permulaan waktu rehat
Kali ketiga : Selepas locenga akhir persekolahan.
3. Membuat pemerhatian dan pengawasan (semasa rondaan dan sepanjang tempoh bertugas) mengenai aspek:
a. Kelancaran proses P&P terutama waktu pertukaran sesi pagi dan petang.
b. Kebersihan kelas-kelas, kaki lima kelas dan kawasan
sekitar
c. Keceriaan dan ketenteraman suasana P & P
d. Disiplin pelajar ( lewat hadir / masuk kelas, ponteng kelas, memasuki kawasan larangan, berkeliaran )
4. Memastikan dan membimbing para pengawas bagi sektornya menjalankan tugas dengan baik dan menandatangani laporan bertugas mereka.
5. Membuat penilaian kebersihan dan keceriaan kelas-kelas dari aspek yang telah ditentukan.
6. Mengambil tindakan susulan kepada pelajar yang sengaja melanggar peraturan sekolah dan ke atas kelas-kelas yang kurang ceria / t idak kemas.
7. Memastikan pelajar beratur dengan betul pada awal masa pertama, selepas rehat dan selepas loceng akhir persekolahn dibunyikan serta memastikan para pelajar telah menutup semua suis, tingkap dan pintu sebelum meninggalkan kelas masing-masing.
8. Menyampaikan laporan kepada ketua guru bertugas untuk
dicatatkan.
D. GURU BERTUGAS SELAKU GURU DISIPLIN DAN KESELAMATAN
PELAJAR.
1. Tempoh bertugas:
Sesi pagi : 7.30 pg - 2.00 petang
Sesi petang : 12.40 tgh - 6.30 petang
2. Memberi perhatian dan mengambil tindakan semasa tentang:
a. Keselamatn pelajar
b. Disiplin pelajar
c. Kemalangan / sakit (membawa pelajar ke hospital / klinik / rumah) dan rawatan kecemasan.
3. Mengisikan orang kebenaran pelajar ke hospital atau keluar dari kawasan sekolah (sakit/ sebab lain ) dan memaklumkan kepada guru tingkatan yang terbabit.
4. Mencatatkan nama pelajar yang mendapat kebenaran keluar dari kawasan sekolah ( untuk laporan mingguan).
5. Mengemaskinikan borang-borang Akuan Salah Laku Pelajar
mengikut tingkatan yang berkaitan.
6. Membantu guru disiplin / P.K.(HEM) / PK. Petang dalam sebarang aktiviti berkaitan pengawasan disiplin pelajar.
7. Menyampaikan laporan untuk dicatatkan dalam buku laporan mingguan melalui ketua guru bertugas.
E. GURU BERTUGAS DI KANTIN SEKOLAH.
1. Tempoh bertugas ialah 10 minit sebelum waktu rehat hingga 10 minit selepas waktu rehat harian pelajar.
2. Membantu gur disiplin / pengawas mengatur dan para pengawas yang bertugas di sektor kantin sekolah dan menandatangani buku laporan bertugas mereka.
3. Memastikan para pelajar membeli dan menikmati makanan serta minuman dalam keadaan yang teratur, tertib serta berdisiplin.
4. Memastikan tiada pelajar yang makan di luar daripada kawasan yang telah ditetapkan / dibenarkan
5. Memastikan para pelajar hanya membuang bekas-bekas/pembalut makanan atau minuman ke dalam tong-tong sampah yang disediakan dan tidak membuang sampah sesuka hati .
6. Memastikan para pelajar meletakkan semua sudu, gelas, piring dan pinggan di tempat yang telah ditetapkan dengan tertib dan betul sebaik sahaja selesai makan.
7. Memberi perhatian dan mengambil tindakan semasa berkaitan disiplin pelajar pada waktu rehat.
8. Memastikan semua pelajar bergerak ke kelas dengan segera dan tertib, sebaik sahaja loceng menandakan tamat waktu rehat dibunyikan.
9. Membuat laporan kepada Ketua Guru Bertugas untuk dicatatkan sebagai tindakan /perhatian Guru Besar/P.K(HEM) / Pk. Petang.
10. Menjalankan tugas-tugas semasa yang diarahkan oleh Guru Besar/ P.K /PK HEM/PK. petang.