Kecemerlangan sekolah adalah berkait rapat dengan ketokohan Guru Besar sekolah berkenaan. Kebolehan dan keupayaan mereka mengurus sekolah telah menyebabkan organisasi tersebut kelihatan kemas, bersih, tersusun dan mempunyai iklim dan budaya yang baik. Di samping itu, guru-guru dan murid kelihatan gembira, ceria dan suka belajar di sekolah serta bangga dengan sekolah mereka. Dalam masa yang sama, pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah muridnya sentiasa baik dan cemerlang.Kepimpinan seharusnya dikaitkan dengan visi, misi dan nilai, sementara pengurusan lebih kepada yang berkaitan dengan proses, aktiviti dan struktur.
Dengan kata lain, kepimpinan merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sekolah dan pengurusan adalah proses yang membantunya mencapai kejayaan tersebut. Sebagai seorang ketua pengurusan pendidikan di sekolah, Guru Besar hendaklah berupaya menunjukkan kaedah dan cara, bagaimana mencapai visi sekolah dapat direalisasikan dengan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang ada, sumber dan prasarana yang tersedia di sekolah dapat digunakan ke tahap paling optimum dan berkesan.Sikap adalah penentu gerak-laku setiap insan; penentu kepada tanggapan dan perlakuan individu dalam interaksinya setiap hari. Sikap yang positif akan melahirkan tingkah-laku yang positif, begitulah seterusnya dalam seluruh kehidupan seseorang itu sama ada dalam kehidupan peribadinya mahu pun dalam kehidupan kerjayanya. Disiplin adalah ciri amat penting yang mampu meletakkan seseorang itu sebagai orang yang berjaya atau sebaliknya. Orang yang berdisiplin kendiri yang tinggi tidak perlukan kawalan dari luar, ia mampu mengurus dirinya, terutama sekali mengurus kerjanya ke tahap yang paling tinggi dan berkualiti, malah peraturan dan undang-undang tidak pernah 'membebankan jiwa dan raga'.
Sebagai Guru Besar, seseorang itu harus pula mampu menjadi 'suri teladan' kepada seluruh guru dan anak didiknya di sekolah. Yang paling penting seseorang Guru Besar mesti sentiasa mengamalkan 'Cakap Serupa Bikin' ( Walk Your Talk ).Dalam menggerakkan warga organisasi di sekolah terutama guru-guru, Guru Besar hendaklah pula memiliki ciri 'assertiveness' yang berhemah supaya unsur-unsur kelemahan dari aspek masa, tenaga dan kewangan tidak mengheret organisasi kepada kegagalan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Organisasi yang cemerlang dan gemilang mestilah mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti, yang pada akhirnya terletak di atas batu jemala orang yang bergelar Guru Besar.
SEPAKAT MELIMPAH BERKAT KERJASAMA MEMBAWA BAHAGIA ATAS SEGALANYA ALHAMDULILLAH INSYA ALLAH.
Showing posts with label cikgu sayang. Show all posts
Showing posts with label cikgu sayang. Show all posts
Sunday, October 25, 2009
Sunday, June 14, 2009
GURU DISIPLIN
Ketika masalah disiplin semakin meningkat dan bilangan kes mahkamah melibatkan guru bertambah menjadikan jawatan guru disiplin bukanlah sesuatu yang diingini.Ramai guru yang merungut dan tidak berpuas hati dengan mutu disiplin pelajar hari ini, namun lebih ramai yang cuba mengelak daripada menerima jawatan Guru Disiplin. Guru Disiplin merupakan guru yang paling tidak popular di sekolah dan hampir semua pelajar ingin menjauhinya. Tetapi jika seseorang tidak mengambil tanggungjawab ini, siapakah lagi guru yang kita diharapkan. Tidak mungkin sekolah dibiarkan berjalan tanpa kawalan disiplin. Keadaan seperti ini tentulah tidak sepatutnya berlaku.
Walaupun seseorang ditugaskan secara rasmi sebagai Guru Disiplin, sepatutnya semua guru menyedari bahawa mereka semua adalah guru disiplin. Sepatutnya guru-guru lebih bersimpati dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh Guru Disiplin. Simpati mereka boleh ditunjukkan melalui kerjasama yang mereka tunjukkan untuk membantu mengawal disiplin di sekolah. Guru kelas sebagai contoh merupakan guru yang bertanggungjawab menjaga disiplin di dalam kelas masing-masing atau di tapak perhimpunan. Begitu juga guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang ditetapkan turut memainkan peranan sebagai guru disiplin dalam tempoh 30 atau 60 minit waktu P & P mereka. Guru PJK sewaktu mengajar PJK di padang atau di gelanggang adalah guru disiplin. Begitu juga halnya dengan Guru Kantin,Guru RMT dan Guru bertugas mingguan, mereka adalah guru disiplin. Jelasnya semua guru tanpa membezakan jenis dan fungsi mereka adalah guru disiplin. Jika semua guru menggunakan fungsi mereka untuk mengekang masalah disiplin daripada berlaku saya kira tidaklah Guru Disiplin terbeban berseorangan dengan masalah pelajar.Fikir-fikirkan lah......................

Monday, May 25, 2009
Kasih Sayang
Seorang lelaki berjalan ke sebuah kampung. Lalu turunlah malaikat menanyakan “Kenapa kah kamu berjalan ke kampung itu?” Beliau menjawab “Aku ingin menziarahi si fulan”. Malaikat itu terus bertanya “Adakah kau mempunyai pertalian darah dengannya?” Beliau berkata “Tidak ada. Cuma aku mengasihinya kerana Allah”. Lalu malaikat itu pun mendoakannya “Moga Allah mengasihi mu atas sebab kasih mu terhadap saudara mu itu dan Allah telah menetapkan syurga sebagai ganjaran buat mu.”
Seorang lelaki mendatangi Baginda Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Baginda: “Ya Rasulullah! Aku ingin bersama-sama mu di syurga nanti.” Tanya Rasulullah: “Apakah yang kau siapkan untuk itu?” Katanya: “Tiada lain kecuali cinta ku kepada Allah dan RasulNya.” Bersabda Baginda: “Seseorang itu akan dibangkitkan dengan orang yang dikasihinya”.

Subscribe to:
Posts (Atom)
"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.