Showing posts with label KOLEKSI DOA. Show all posts
Showing posts with label KOLEKSI DOA. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Maksud Doa Khatam Quran..


DOA KHATAM QURAN

Ya Allah,
rahmatilah kami dengan al Quran,
jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah,
Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya,
berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya,
anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang.
jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.

Ya Allah,
perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami,
perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kami hidup,
perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami,
jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan
jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah,
jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya dan
sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan
sebaik-baik hari bagi kami ialah hari berjumpa denganMu.

Ya Allah,
kami memohon kepada Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan
tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah,
kami memohon kepada Mu sebaik-baik permohonan,
sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu,
sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala,
sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,
teguhkanlah, beratkanlah timbangan kebaikan kami,
teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami,
terimalah sembahyang kami.
kami memohon ketinggian syurgaMu,
keharusan mendapat rahmatMu dan keteguhan pengampunanMu,
keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan,
keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka.

Ya Allah,
perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara.
selamatkan kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan di akhirat.

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMu
yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu,
ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu,
keyakinan yang dapat memperkecilkan musibah dunia yang menimpa kami,
berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan dan
kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami,
jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami.
tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami.
janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar dan
pengetahuan paling akhir bagi kami,
janganlah Engkau beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.

Ya Allah,
janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami
melainkan Engkau telah mengampuninya,
janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami
melainkan Engkau telah mengembirakannya.
janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya dan
janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya.

Ya Allah,
berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat,
peliharalah kami daripada azab api neraka.
selawat dan salam kepada Rasulullah junjungan yang mulia, para keluarga dan sahabat-sahabat baginda,
Subha narabi ka rabbil izzati amma ya sifun..wasalamun ‘alal mursalin walhamdulillah hirabbil alamin.
Amin ya rabbal ‘alamin.

~salam kasih sayang..
.....................
nota cikgu:
Semoga anak2 didik cikgu...akan mengopy doa ini dan dijadikan lembaran kecil untuk dibacanya tiap lepas sembahyang fardu lima waktu setiap hari...sungguh dalam doa ini merangkumi hajat dipelbagai sudut kehidupan kita insan yang serba kekurangan yang setiap saat berhajat dan memerlukan Allah untuk kesejahteraan hidup di dunia .....

Wahai anak didikku....
Rajinlah membaca doa ini semoga anda semua mendapat keberkatan dan rahmat Allah s.w.t...insyaAllah semoga Allah memberikan ilmu-ilmu yang belum dipelajari lagi, menyampai permintaan yang anda hajati dan memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anda semua di dunia dan akhirat sana..amin ya Allah.

Tuesday, October 14, 2008

Doa menghadapi ujian


..................
nota ana:
hidup ini penuh dangan ujian, cubaan untuk menguji keimanan dan kekuatanjiwa . Setelah diuji dan dicuba barulah di ketahui lulus atau gagal seseorang hamba itu, tidakkah jika gagal ujian atau peperiksaan maka dia diulang uji lagi untuk melihat sejauh mana pemantapan ilmu yang dimiliki...sesungguhnya hamba yang diuji hendaklah bersabar..kerana dalam sabar walaupun pahit pasti akhirnya terselit kemanisan dan kejayaan..oleh itu kenalilah Allah dan fahamilah segala cubaan dan ujian yang terjadi kepada kita..pasti punya hikmah yang banyak...semoga kita bersyukur...~amin.

Doa ketika sukar

...................
nota ana:
wahai Allah sesungguhnya kemulian itu kemulian Engkau, kehebatan itu kehebatan Engkau, permudahkan seandainya susah, dekatlah seandainya jauh, eratkan kasih sayang seandainya berprasangka...jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur..~amin

Doa ketika hendak tidur

.....................
nota ana:
sesungguhnya tidur itu saudara mati...oleh itu berfikirlah anda ke mana tatkala tidur itu..tidakkah pabila anda pejamkan mata bermakna anda telah ke alam lain iaitu alam ghaib yang ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu...sesungguhnya Allahlah yang mengetahui segala rahsia...wahai Allah sejahterakanlah dan hidupkanlah kami dalam sejahtera setelah kami mati tadinya......~amin

Doa tetapkan hati

.......................
nota anak:
wahai Allah tetapkan hati kami dalam agama suciMu..dan tetapkan kami dalam iman dan bertakwa keapda Mu...~amin

Doa jika terlupa

.........................
nota anak:
wahai Allah jangan la kami terlupa untuk berzikir kepadaMu sesungguhnya Engkaulah sebaik2 tempat berserah diri...dan yang kami sembah..~amin.

Doa mohon tambah ilmu

......................
nota ana:
wahai Allah tambahi kami ilmu, kurniakan kami kekuatan untuk beramal, kurniakan kami keikhlasan dalam tiap amalan...wahai Allah redhailah kami, ampunilah dosa2 kami dan rahmatilah kami ...~amin

Doa mohon sejahtera diri

.......................
nota ana:
semoga warga skspk, semoga kaum muslimin dan muslimat semua sejahtera dalam ketakwaan kepada Allah. betapa nikmatnya iman, dan rukuq dan sujud kepada Allah...betapa nikmatnya beramal soleh kerana Allah, betapa nikmatnya berukhwah kerana Allah...dalam kasih sayang tanapa meminta balasan....smeoga kita bersyukur berada di dalam limpahan nikmat2 itu..~amin

Doa penerang hati

..........................

nota ana:

semoga Allah tidak menghijabi hati kita, semoga terang benderang penuh dengan nur takwa kepada Allah semoga sentiasa mudah untuk mendapat ilmu pengetahuan, semoga Allah memberi kefahaman...~amin

Doa mendapat petunjuk



Doa Murah rezeki


Doa sebelum makan

.................
nota ana:
semoga kita ingat untuk membaca doa sebelum makan agar kita menjadi lebih bersyukur..sesiapa yang bersyukur Allah akan menambah lagi nikmatNya.~amin

Doa selepas makan

..............
nota ana:
semoga kita menghargai dan mensyukuri nikmat rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.sesungguhnya....betapa pemurahnya Allah memberikan rezeki kepada seluruh alam...

Doa kemuliaan dalam keluarga

..............
nota ana:
semoga dalam keluarga saling berkasih sayang..saling bantu membantu.sesungguhnya persefahaman dan saling bantu membantu dalam keluarga adalah kebahagiaan yang tidak ternilai..semoga kita menghargai nikmat nikmat keluarga yang dia nugerahi Allah..insyaAllah ~amin

Doa kecergasan

...................
nota ana:
semoga Allah memberi kesihatan baik kepada kita, tiada yang lebih berharga dari nikmat anugerah kesihatan yang baik kerana, apabila jasad sihat ruh juga sihat, apabila badan sihat semua urusan dapat dilakukan dengan jaya.

Doa kebahagiaan di dunia dan akhirat


................
nota ana:
tiada yang lebih indah dan beruntung melainkan bahagia di dunia dan di akhirat..semoga dunia ini menjadi jambatan untuk ke akhirat, semoga harta kita jua menjadi jambatan untuk bahagia di akhirat, semoga anak pihak/ suami isteri menjadi sumber kebahagiaan di dunia dan di akhirat.semoga kita semua bersyukur kepada Allah ~amin

Doa mendapat idea yang baik


...............
nota ana:
hamba Allah yang baik itu ialah orang yang bermanfaat kepada orang lain..semoga kita menjadi hamba yang baik, menjadi anak yang baik, menjadi rakan yang baik, menjadi saudara yang baik, menjadi ayah ibu yang baik, menjadi jiran yang baik, menjadi warga yang baik, menjadi guru yang baik, menjadi datuk yang baik, menjadi sesuatu yang terbaik...~amin

Doa untuk arwah ibu

..........................
nota ana:
pada yang punyai ibu sekarang...berbahagialah, kerana anda boleh berbakti kepadanya. Tiada yang dirasa kebahagiaan oleh seorang ibu melainkan mendapat anak yang soleh atau solehah yang mendoakan dan berbakti kepadanya. Kepada yang ibunya sudah tiada berdoalah semoga ibu anda termasuk orang yang mendapat keredhaan Allah dan ditempatkan mulia di sisi Allah taala...~amin

Doa mudah faham

.................
nota ana:
Barangsiapa yang Allah sayang Allah akan memberi dia faham agamanya..semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang Allah sayang dan mendapat rahmat Allah ~amin

Doa murah rezeki



~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.