Showing posts with label KO KURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KO KURIKULUM. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

HARI USAHAWAN - SKSPK

DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA KOKURIKULUM

TARIKH : 11/11/2009 (RABU)

MASA : 8-00 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT : DATARAN SK SUNGAI PASIR KECHIL

PELBAGAI ACARA MENARIK DAN JUALAN DIADAKAN


Semua waris/Guru dan Staf dijemput hadir.

" BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT "


Urusetia Program

Monday, October 20, 2008

Perkhemahan Unit Beruniform 2008

ASSALAMUALAIKUM,
Perkhemahan Unit Beruniform 2008 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh; 23 - 25 Oktorber 2008
Pendaftaran : 3.00 petang
Tempat : Dataran Tun Fatimah SKSPK

semoga program ini berjalan lancar, semoga objektif program tercapai, semoga dapat mewujudkan kerjasama dan memberi infos yang bermanfaat di kalangan warga pelajar dan warga kakitangan di SKSPK hendaknya.

SELAMAT BERKHEMAH.INSYAALLAH. AMIN

Tuesday, October 14, 2008

Jamuan Hari Raya Eidul Fitri 1428

Assalamualaikum..wbt
Syukur Alhamdulillah Jamuan Sempena hari Raya Aidil Fitri telah di adakan pada
12 Okt 2008 yang lalu.
Murid-murid membawa kuih mueh dan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan acara perhimpunan mingguan, kemudian jamuan diadakan di dataran Tun Fatimah. Semua murid nampaknya bergembira dengan majlis tersebut...

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.

~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.