Friday, June 19, 2009

PadaMu Ya Allah

Ya Allah!
{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu
Dia dalam kesibukan.}

(QS. Ar-Rahman: 29)
Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"

Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru: "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul, menyerulah:"Ya Allah!"

Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya.

Setiap dini hari menjelang, tengadahkan kedua telapak tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah- Nya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan semakin kokoh.

....................
Sebutlah Allah selalu, bisikanlah diqalbu, semoga hati menjadi tenang...cukuplah Allah di hati...

Syukurilah nikmat Allah

Renungkan apa yang anda miliki...

Apakah Anda mengira bahwa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah, sedang kaki acapkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus menerus tiada henti? Apakah anda mengira bahwa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya bisa saja tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sadarilah,
betapa hinanya diri kita manakala tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekitar anda masih banyak yang tidak boleh tidur karena sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista manakala dapat memakan makanan lezat dan minuman dingin saat masih banyak orang di
sekitar anda yang tidak bisa makan dan minum karena sakit?

Coba pikirkan,
betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan anda dari ketulian. Coba renungkan dan raba kembali mata anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit anda yang terbebas dari penyakit kusta dan sopak. Dan renungkan betapa dahsyatnya fungsi otak anda yang selalu sehat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Adakah Anda ingin...
menukar mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran Anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, hingga Anda bisu? Maukah anda menukar kedua tangan anda dengan
untaian mutiara, sementara tangan anda kudung?

Begitulah,
sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempumaan tubuh, tetapi anda tidak menyadarinya. anda tetap merasa resah, suntuk, sedih, dan gelisash, meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk
tidur pulas, dan kesehatan untuk terus berbuat.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga andapun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa anda mudah tergoncang hanya karena kerugian material yang mendera. Padahal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagiaan, limpah kurnia, kenikmatan, dan sebagainya. Maka fikirkan semua itu, dan kemudian syukurilah apa yang kita miliki kini...! Alhamdulillah...

semoga kita sentiasa bersyukur..atas segala nikmat Allah,

Sunday, June 14, 2009

GURU DISIPLIN

Ketika masalah disiplin semakin meningkat dan bilangan kes mahkamah melibatkan guru bertambah menjadikan jawatan guru disiplin bukanlah sesuatu yang diingini.Ramai guru yang merungut dan tidak berpuas hati dengan mutu disiplin pelajar hari ini, namun lebih ramai yang cuba mengelak daripada menerima jawatan Guru Disiplin. Guru Disiplin merupakan guru yang paling tidak popular di sekolah dan hampir semua pelajar ingin menjauhinya. Tetapi jika seseorang tidak mengambil tanggungjawab ini, siapakah lagi guru yang kita diharapkan. Tidak mungkin sekolah dibiarkan berjalan tanpa kawalan disiplin. Keadaan seperti ini tentulah tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun seseorang ditugaskan secara rasmi sebagai Guru Disiplin, sepatutnya semua guru menyedari bahawa mereka semua adalah guru disiplin. Sepatutnya guru-guru lebih bersimpati dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh Guru Disiplin. Simpati mereka boleh ditunjukkan melalui kerjasama yang mereka tunjukkan untuk membantu mengawal disiplin di sekolah. Guru kelas sebagai contoh merupakan guru yang bertanggungjawab menjaga disiplin di dalam kelas masing-masing atau di tapak perhimpunan. Begitu juga guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang ditetapkan turut memainkan peranan sebagai guru disiplin dalam tempoh 30 atau 60 minit waktu P & P mereka. Guru PJK sewaktu mengajar PJK di padang atau di gelanggang adalah guru disiplin. Begitu juga halnya dengan Guru Kantin,Guru RMT dan Guru bertugas mingguan, mereka adalah guru disiplin. Jelasnya semua guru tanpa membezakan jenis dan fungsi mereka adalah guru disiplin. Jika semua guru menggunakan fungsi mereka untuk mengekang masalah disiplin daripada berlaku saya kira tidaklah Guru Disiplin terbeban berseorangan dengan masalah pelajar.Fikir-fikirkan lah......................

Thursday, June 4, 2009

SEKADAR RENUNGAN

Tidak perlu membuka kamus mencari makna perkataan ganjaran dan hukuman. Semuanya mengerti dan mengetahui. Ramai yang bersetuju ganjaran itu lebih baik daripada hukuman. Lebih senang mencurah air keluar daripada botol daripada mengisi ke dalamnya.

Diam……….baca buku, kalau tidak saya rotan kamu semua. Memang dia akan baca buku tetapi hatinya melayang-layang atau mungkin berlakon saja membaca buku, bila di hadapan kita, di belakang kita? Bandingkan jika kita berkata, baca buku semua, jangan bising nanti cikgu beri hadiah kepada kelas kamu, dengan segera anak didik kita akan mengambil dan membaca buku. Ganjaran lebih baik daripada hukuman.

Sepekara lagi kita semua yang berada dalam bidang pendidikan, kaedah ganjaran itu sangat sesuai dalam mendidik anak-anak. Ini kerana perkara kedua selepas ganjaran adalah keseronokkan. Keseronokkan itu adalah jalan yang dicari oleh remaja dan kanak-kanak. Bukankah kita juga begitu dulunya.

Dalam kita ke kelas saban hari, baik kita mengutamakan kaedah ganjaran daripada kaedah hukuman. Sebabnya terlalu mudah, naluri manusia lebih menyukai ganjaran dan tidak menyukai hukuman

Dalam kehidupan kita ini mana satu jadi pilihan, susah atau senang? Jarang sekali antara kita sebagai makhluk yang berfikiran waras memilih susah. Kalau itulah tabiinya, sudah pasti ada kaitan antara ganjaran dan hukuman. Hukuman membuka jalan kepada kesusahan dan ganjaran lebih terbuka jalannya kepada kesenangan. Jika tidak percaya dipersilakan mencubanya………….

Sebagai golongan pendidik, mana yang lebih menyenangkan hati kita, antara ditegur dengan keras oleh guru besar atau dipuji oleh guru besar. Bukankah pujian itu suatu bentuk ganjaran?

Ringkasnya kita sebagai golongan pendidik lebih baik menggunakan kaedah ganjaran daripada kaedah hukuman terutama bila berhadapan dengan anak didik kita di kelas mahupun di kalangan ibu bapa mereka. Tidak hilang bisa ular menyusur akar. Lebih baik berkawan daripada bermusuhan.

Thursday, May 28, 2009

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009

Tarikh: 1-3 Jun 2009 (Bertempat di Perkarangan SKSPK)
Pengisian Program
01) Program Motivasi
02) Diskusi & Latih Amal matapelajaran-matapelajaran peperiksaan UPSR 2009
03) Program Solat Jamaah & Qiamulail
04) Program Kembara/Malaysia Cergas
05) Amali Pertolongan Cemas
Semua AJK dijemput hadir. Terima kasih atas komitmen tuan-tuan dan puan-puan. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan.

URUSETIA KURSUS

Wednesday, May 27, 2009

Stress dan Kebaikannya


TEKANAN Bawa Kebaikan.

Pastinya setiap orang pernah mengalami saat ketegangan dan rasa tertekan (stress). Itu semua tidak menyenangkan. Namun sebenarnya sedikit tekanan juga boleh memberikan kebaikan pada kamu. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, otak kamu akan mengeluarkan sejenis hormon, 'cortisol' apabila diri kamu berada bawah tekanan. Kebaikannya ia boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan perasaan kamu lebih terkawal. Berlainan dengan kamu yang kurang kadar hormon tersebut akan 'bad mood' dan sukar mengawal perasaannya.

kEISTIMEWAAN STRAWBERI


Keistimewaan STRAWBERI.

Buah-buahan memang banyak khasiatnya termasuklah buah strawberi. Buah ini memang mempunyai banyak keistmewaannya kerana ia kaya dengan vitamin dan rasanya yang manis-masam menjadikan ia kegemaran ramai. Tapi tahukah kamu bahawa strawberi juga boleh menbuatkan diri kamu seksi, hanya dengan mencium aromanya sahaja! Satu kajian yang diadakan di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa lelaki juga boleh tergoda hanya dengan bau donut Strawberi. Hebatkan penangan strawberi!

Tip ukhwah yang erat


Tips Membina PERSAHABATAN Yang ERAT

1. Saling mempercayai antara satu sama lain.
2. Memahami kelebihan dan kekurangan yang ada pada teman kita.
3. Membantu antara antara satu sama lain.
4. Sentiasa bersikap jujur dan berfikiran terbuka.
5. Mengalah adalah salah satu sifat terpuji.
6. Sentiasa menepati ketika berbicara.
7. Saling menghargai antara satu sama lain.

Allah maha mengetahui...


RENUNGKANLAH

bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Bacalah….moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum
menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa
terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan…oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa
yang kita buat( “,)..
.....................................
~salam kasih sayang~
sumber asal dari :http://seri.blog.fke.utm.my/koleksi-kisah-teladan/

~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. ~~Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. ~~~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". ~~~~" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri" ~~~~~"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." ~~~~~~" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" ~~~~~~~" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) salam kasih abadi." ~kasih4u "


"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]...Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq.